Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Kenali Diri Melalui Jenis Darah

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta Viva Ku.. (Part 1)

Semalam aku g b'fort...g tukar suma tayar kereta. Tayar tu dah botak, bunga pun x nmpk..
tiap2 hri aku x leh bwa laju...sekitar 60-70km/h jer... Absorver kat belakang pun dah mati.. so kena ganti satu set.. habis duit aku rm600 semalam... Sebenarnya ada cerita lucu, aku dah nk tukar tayar baru pada sabtu lepas.. dengan confidentnye aku bwa kita g b'fort...mama aku bawa exora sbb nk g knduri kwin kat weston..so teman lah aku yg msih x berapa reti sgt bwa kete.. reti tp mak aku yg risau lebih sgt.. smpi b'fort trus g tukar tayar.. silap besar aku hari tu.. time mechanic tukar tayar...aku pun g lah kuar kan duit kat bank.. t'kejut gila bila semua ATM kat b'fort K.O... ada 5 bank kat b'fort sume xleh kuarkan duit... Tayar dah ganti baru sumenyer.. dalam beg duit aku ada rm70 jer..babah aku lak ada rm120 jer dalam tangan.. mna ckup? mmg mati akal masa tu.. runding ngan tauke tayar, dia x nk ktrg bayar half.. fkir punya fkir, dah tauke tu x nk, aku pun ngan selamba kata, buka blik lah...ganti tayar lama semula... Malu jer time tu.. Mechanic tu senyum jer...aku rasa dia tu ank tauke..tapi xleh kata apa sbb mak dia yg tauku besar kat situ..dia pun kata, saya pun pernah gak jd macam tu...time nk pki duit... ATM meragam pulak.. Aku pun ckp sorylah bos.. semalam aku g lg kedai tu..g tukar tayar... kali ni aku mmg dah amek siap2 kat Kuala Penyu...x nk bnda tu jd lg.. bila smpi, dia trus kenal ktrg n snyum.. dia tunjuk sign ok...(angkt ibu jari).. kali ni aku puas hati...aku dah bleh bwa laju kete aku tu...pastu aku n family trus singgah kt taman wawasan, g tgk rumah yg babah aku bli.. truk gila rumah tu..aku x tau la pemaju tu fkir apa...dorg buat suka hati..aku nek tgkat atas..tp aku trun smula sbb aku tkut nk pijak lantai tgkt atas.. btul2 x selamat..kwsn p'rumahan tu sblum ini x diluluskan CF tp ramai yg x nk tggu lama, so dorg nak juga masuk..aku tgk sumer rumah kat kwsn tu dah byk ownernya modified semula.. baiki n besarkan rumah tu.. kos pengubahsuaian jer dah sama harga ngan rumah tu..babah kata, nti kita ubahsuai..skrg ni budget x ckup.. tp nk ubahsuai juga.. mana tau ada adik-beradik yg nk stay sana.. bg aku, aku x nk.. umah kat kg b'puluh kali ganda selesa.. tp bek gak la ada rumah tu...mna tau ada sedara mara dtg...leh stay sana.. mana tau ada adik2 yg krja kt b'fort xperlu dah sewa umah.. kat kawasan p'rumahan tu majoriti guru.. kat belakang umah ktrg tu ada umah besar... dia dah start modified.. dgr2 kos nya lbih RM100 ribu..tp mmg cantik..cete pasal umah...jiran aku pun baru buat umah.. ni ngah otw.. sbb anak dia nk kwin.. umah tu besar, aku kagum ngan kluarga ni.. walaupun bkn org asal sini tp dorg bleh bt umah...fmily ni tanam sayur, lada...jual kat pasar dan tamu.. dah 12 tahun kitorang b'jiran..ank dia tu pun kawan aku.. umah ke2 aku, sbb aku suka lepak kat sana...
bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gaji...

dah msuk dua bulan aku kerja...bru jer dpt gaji 8hb 3... tp sdih skit..
dapat gaji x full.. kurang rm700... Mayb krja SPS ni, gaji kira hari kot...
kena rebudget smula bulan nie...bulan nie nk kena bayar kereta... Road tax pula mti...
so kena perbaharui road taxngan insurans kereta...byr yuran konvokesyen lagi...
napa la sume terjadi pd bulan ni... habis gaji aku dua bulan... RM3980... abis bgitu saja...
belanja hotel, kereta sewa, makan time konvo nti...aku yg kena tggung....nasib badan...
x smpi ht nk guna duit babah...sedangkan aku tau babah pun ksmpitan duit... byk hutang yg perlu dijelaskan...pinjaman, kad kredit, kereta, blnja dapur...adik2 ak lagi...
Insyaallah, bulan strusnya aku leh tlg...tp bulan nie mmg x bleh....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KPOP

KPOP IDOL

Semua orang mempunyai artis kesayangan mereka..diriku sangat meminati Kpop.

Antara Group Kpop pujaanku















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Himpunan Mutiara Kata

Mutiara Kata
  • Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahankata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...
  • Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu olehorang-orang yang bertauhidmdan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.
  • Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.
  • Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.
  • Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.
  • Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.
  • Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.
  • Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.
  • Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.
  • Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah.
  • Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.
  • Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
  • Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
  • Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late. Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.
  • KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
  • Wanita itu sendiri adalah rahsia
  • Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
  • pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
  • Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokokkemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  • Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
  • SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
  • "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
  • "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  • "Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"
  • JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
  • Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
  • Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
  • " USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "
  • WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
  • " Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."(La Roche)
  • "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  • " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS